Sunday, January 22, 2012

Setitis Ilmu

demi setitis ilmu
tiada dipandang setitik peluh
demi setitis ilmu
tiada peduli kain dan baju

demi setitis ilmu
walau berayam tanpa sepatu
demi setitis ilmu
walau hadirnya tanpa buku

-akan datang-

Friday, January 13, 2012

A for ....

A for ....

dulu ada teman
kenapa dulu?
sekarang masih teman
gurauan
saat permainan
tetap dalam ingatan

dia adalah teman
cuba tatap
pada senyuman
mesti akan kelihatan
barisan
yang mengenal pasti tahu
apa barisan
pada senyuman
ah.. jangan lah teka
biar aku kata
gigian..
mesti kau sakan..

dia la teman
suka pada hutan
senyum pada lawan
pun sudah berteman
walau si jantan
lambat penangkapan
pada setiap permainan
bunyi cengkerik jadi santapan

she's a sister
sometimes acts like 'brader-brader'
i pray for the better
kalau kahwin jemput ler.

-A for Anis-

Thursday, January 12, 2012

senyum sedekah

hari ini ada orang marah,
aku senyum.

hari ini ada orang ketawa.
aku senyum.

hari ini ada orang telingkah.
aku senyum.

hari ini ada orang fitnah.
aku senyum.

hari ini ada orang dusta.
aku senyum.

hari ini ada orang mati.
aku bersedekah.

-manusia kadang2 cepat lupa-

stapler silver

gerak selindung dalam samaran
kabus menusup dengan senyuman
lihat wajahmu tanpa sapaan
garisan lembut di sempadan
benarkah maksud yang kau buru
kerana aku langsung tahu

carian berbeza
perahu engkau musnah
keruhlah paya
dalam titian air kolah

mencari jawapan
kemanakah hilang
perlukah dijulang
perjuangan...

biar diasak seribu soalan
yang cantas pasti terbebas
yang rosak pasti terbuang

tak pernah kenal bukti yang nyata
hanya dusta kau pelihara
bangkit kau lupa timbangannya

biar kan dia terus berdusta
bukan kuasaku
menilai hambanya......

-1070-

Tuesday, January 10, 2012

Epilog Pengecut

ku tunggu sinar seharian pudar
walau hanya singgah sebentar

ku lihat bintang penuh warna jingga
kerna suria ada di sana

apakah aku warasnya tanpa jelas
apakah aku kelihatan tak bebas
menaruh rasa apa ertinya dunia..

aku berani
tapi takut mati
kerna kulit ku tak suci
aku berani
tapi takut lari
kerna kaki ku bergari

apakah hati ku terima fatwamu
apakah mimpi ku terima takwilmu
bicara lah kau
dosa ku tak terjangkau..

-bangun-

Monday, January 9, 2012

4lynn

ingat lagi ku saat terjumpa mu
aku rasa malu
segannya mencuba untuk menangi
hati kamu untuk hati ku

walaupun coretnya kita tetap teman biasa...

sebaknya ketika ku menerima khabar
kisah diri mu
kecewa ku tak mampu membuat mu
senyum hatiku rasa hatimu

walaupun coretnya kita tetap teman biasa...

kini kau pergi,
sendiri,
tinggalkan semua kenangan,
kita yang terindah,
haruskah ku lupa semua yang kita bina...

kini kau pergi,
sendiri,
tiada lagi suaramu,
yang membuat hariku,
terharu
haruskah ku lupa semua yang kita bina...

akan ku pegang erat janjimu,
aku seperti selalu,
doa ku bersama dengan cintamu,
agar kau kan tenang di situ..

walaupun coretnya kita tetap teman biasa..

akan ku terus melangkah,
harungi dunia berbilang arah,
sehingga ku jumpa,
akhiran cerita
rindu aku padanya....

*feel free to listen to this song at PemuzikAmatur =)

-al-fatihah- =')

Friday, January 6, 2012

Circling Slow

i tried so hard not to show you
how much i care about love..
and the love is not about me,
it is all about you.

i tried so hard not to show you
how much i suffer because of love..
and the suffer is not about me,
it is all about you.

the moment i shared,
was the moment i cared.
you will never know,
the time circling me slow,
the tears overflow,
even i kept saying no.

the moment you walked away,
was the moment my soul passed away.

-monday and afternoon-

Wednesday, January 4, 2012

Aku Sudah Rasa

langit bantu aku hilangkan rindu,
awan bantu aku tenangkan kalbuku,
biar dia tahu,
biar dia rapuh,
seksa batin aku dalam sendu.

angin bantu aku hembuskan dosa,
embun bantu aku titikkan noda,
biar dia rasa,
biar dia duka,
air mata aku tiada cinta..

pergi jangan pernah panggil lagi
namaku walau hanya dalam hati
cantas semua mimpi yang kau beri
kerna aku sudah rasa,
derita dalam diri
sendiri.

*feel free to listen to this song at PemuzikAmatur *

-tunggan-

Sunday, December 25, 2011

Memor An Dum

jika mimpi di jalan sangsi,
kau berani.
kau jamah diri.
nescaya,
kau lupa apa itu misi,
berjuang di bumi sendiri.

setinggi langit dihujung jari
sehebat dasar lautan yang bonda impi
itu lah kiasan cita yang ingin kau miliki
kian pasti

berjuang tempur bersinggah ribut
dan engkau kenal manusia di dalam selut
kini kau dihadapan memburu panji berparut
dalam kalut

terbit saudara bagai rupa
palsu nya nyata enggan sirna
aku pinta kau wahai suara
jangan di hina darah kita

terbit saudara bagai rupa
juangnya salah berperang bisa
aku pinta kau untuk bersuara
bukan bermadah hingga alpa

pandanglah tangan engkau dan aku
garisan sama tiada yang tidak tahu
walaupun tersasar namun syahadah engkau dan aku
tetap satu

lihatlah akar pohon di puja
jangan kau mudah berpaut dengan rela
akal perisai yang mampu membantumu tika
salah langkah


*feel free to listen to the song preview at PemuzikAmatur. full version will be updated soon. :)

-oh la la la la-

Tuesday, December 6, 2011

Hey Kamu.

hey pandang sini,
lihat lah yang menanti,
tiada baris senyum ku beri,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

hey dengar sini,
amati apa yang ku ratapi,
bukan sepi yang ku beri,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

pandang lah cinta,
kau lah yang pertama,
melagukan setiap langkah ku di sana,
hanya sesaat kau cuba menyapa,
aku terasa.
kosong berbisa.

hey jangan mati,
sudah kah sedia semua jemari,
tiada dosa bukan nya suci,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

-7bulan katanya-

Saturday, November 19, 2011

Perawan Solo

tujuh bulan tiada fatwa
mencari senja nan merah
dan tetap sanggup engkau redah
biar malam bergelimpang
tidak engkau terus terbang
mencari rencah sang pejuang

engkau alas biduk kertas
membelah laut teratas
harungi ombak api deras
tidak kalut seberang tandus
si perawan tiada mulus
walaupun satu tiada hapus

hebat jalan langkah berang
berseni bilah kau pegang
jangan hanya hunus tapi sumbang
jauh lagi hujung bumi
teman kosong kanan kiri
hanya seorang menanti pasti

dihentak bunyi mencari deru
mungkin teman mungkin seteru
tapi bersinggah di tepis jemu
tinggal erti perawan mati
kesat di bibir tidak di hati
walau solo mencari bukti

*feel free to listen to this song at PemuzikAmatur *
-for radzi
-oh spp

Sunday, October 16, 2011

SCION

they said i am such
knowing me like thunder clutch
keep telling the same things
till sweat is no longer a sweat
flood and full by desultory.
because,
when they won the glory
they shouted merry.

they said i am the scion
erudite among the fierce lion
seems to know the bull
neither cool nor fool.
but,
when they won the glory,
they shouted merry.

and still,
they said i am scion.

-saya guru sandaran...acepedeh lol-

Tuesday, October 11, 2011

bahasa mu

sialan itu bukan bahasa elok.
bukan kah nenek mu sudah berpesan,
jangan terus terusan diperolok
nanti hilang ksabaran.

sialan itu bukan bahasa elok,
tapi yang berpesan serupa mogok,
asal ku tahu guna,
tiada tolok.
jadi.... sialan itu bahasa elok?

-anggur merah-

Monday, October 10, 2011

sepertiga malam

kosong waktu berpusing
tatkala hamba itu sedang berzikir.
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.
jangan kau pernah.
tatkala hamba itu sedang berzikir
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.

tapi sedar aku itu tidak penting.
adakah aku sang pencipta yang yakin,
sebagaimana yakin nya sang nyata
akan kumat itu yang dititip.

tapi sedar aku akan selepas itu,
aku bukan sang pencipta.
aku bukan sang nyata.
aku patut menadah syukur,
ada juga kumat ditafakur.

menthol.

i can say whatever i want.
i can lay on wherever i want.
it is just the matter of grunt.
it is just the matter of blunt.

i can say whatever i want.