Monday, May 23, 2011

8.15

kini aku pulang.
pulang.
pulang.

minta minta

hey gadis
hari ini aku minta facebook belum kau beri
lama menanti ibarat pujangga lama
yang tidak usah aku utara
hanya mimpi
tiada terkeluar dari kotak suara
biar kan sekadar mimpi
dan takkan keluar dari kotak suara
ku ulang berkali

hey gadis.
hari lain aku minta lagi

-no description-
-ku dalam mcd-

dengus kain kapan

kau menjerit macam syaitan,
siapa sangka pulangnya engkau bawa petaka,
jangan rakus
hanya bertanglung kain kapan,
jangan dengus,
sedang kau mahu berangkatan.

pintas segala maksud aku
jangan bagi aku rasa suntuk
sebab kecundang kau
kecundang aku
jangan bertari lagu sumbang depan aku

-rintih lapr..nyesal tolak pelawaan-

Saturday, May 21, 2011

6

aku tahu bukan mudah
tewas juga tapi aku tahu
buat apa disimpan
kalau tetap juga berasa selesanya hilang
jangan dibiar melarat
tapi tidak apa juga kalau sudah sarat
lepaskan
atau
biarkan
hipokrasi jangan
biar kejujuran
kalau takut menjadi penyebab
tidak apa
teruskan hipokrasi
asal semua rasa tenang

-luncheon-

fanaa

ku pusing terlelah macam belangkas,
pusing lagi ku putar sampai tumpas,
malah geraknya kian berlibas,
separuh indah separuh..

gadis bertudung,
jangan sampai kau rasa tak punya hidung.

aku satu orang mampu kudung.

-tengok hindustan pon ok weekend ni-

Tuesday, April 12, 2011

E.N.A.L.P

comes with no regrets.
ends with no debates.
room with no mates.

heart..

with no space..

-tahan. jangan lawan.

Friday, January 21, 2011

Laundry

dalam kocek ada dua kupang,
buat lapik perut bergendang,
dalam diam aku rasa sayang,
boleh guna jam aku sengkang,
terbayang,
haruman buat ku  tak tahan,
terangsang,
otak ku memikirkan,
tak senang,
gaya kau ku ibaratkan,
hanya kerana itu dua kupang.

~jemoq baju dalam bilik~.

Celik Mata Cantik

celik mata teringat cantik,
baru dipandang selang sehari,
tolong,
nick name pun aku tidak pasti,
rasa malas,
biar dinafi,
tetap,
celik mat teringat cantik..

~hahahahahaha~

Friday, January 14, 2011

peti besi

penuh otakku berfungsi,
adakah neon membran besi,
mencari sinar dan solusi,
pada karangan yang tidak berisi.

lupa aku pada si cantik,
yang dahulu mencari manik,
mahu disulam tapi sudah carik,
tinggal jarum besi empunya sang gundik.

berlari aku mengejar lagu,
tersusun sumbang di tengah kau tak tahu..

biar aku berdiam diri,
tak terkata kebodohan tuli,
biar aku berpura cari,
sedang kau tahu aku dah mati,
hanya kerana tiada manusia lagi,
mahu ku kawan tapi kau gergasi..

beg duit ku poyo pada lelaki,
ada foto tapi tak di kenali,
terselit nama bukan puteri,
sayang rupa vcd fantasi,
mencari abadi,
palsunya gigi..
ku cium tak berani,
takut bersengkang nanti,
peristiwa diingati.
jadi simpankan saja,
dalam peti,
peti keselamatan besi.


-selamat malam LP-

Wednesday, January 12, 2011

has yet to have title updated konon2 II

senja yang mengukir kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis..

karbon yang kau hembus padaku,
tiada pernah menjadi satu,
dalam diriku,
terhakis..

tiada nada yang syahdu,
jangan buat aku ragu..

pejamkanlah mataku,
terbanglah bersama aku,
hapuskanlah gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
pening ku kau berubah laku,
sarafku digetar bayu,
janganlah buat aku ragu..

-lesson plan-

Monday, January 10, 2011

has yet to have title

senja yang bergaris kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis tiada nada berlagu syahdu,
aku ragu..

pejamkanlah matamu,
terbang bersama ku,
hilangkan gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
hingga bayu menyapu musabab dirimu yang berubah laku..

aku ragu..

mengantuk aih

Monday, December 20, 2010

Rencana Tuhan

berjalan lah tanpa ada haluan,
kerana yakin bintang menyusur memberi sinaran,
jangan kau anggap kosong kata-kata bulan,
kerana semuanya matahari empunya bantuan,
walaupun perlahan.

berjalan lah tanpa ada kekusutan,
kerana minda tidak pernah jauh dari ingatan,
leraikan permasalahan,
walaupun perlahan.

berjalan lah tanpa ada permusuhan,
kerana manusia tidak lari dari godaan,
semua tahu bingkisan syaitan,
sentiasa wujud dalam kehidupan,
walaupun perlahan.

bukan kerelaan,
ada pun semuanya telah direncanakan,
walaupun perlahan.
itu rencana Tuhan.,
walaupun perlahan.

~cuti hanya 2 minggu. demm.

Monday, November 29, 2010

arus sahabat

pusing kembali,
hampir ke hilir kenapa perlu di tolak ke hulu,
angin memberi lalu,
sungai memberi arus,
tiada minyak.
mengapa api terus marak..

aku berkata tidak berbelah,
tidak di kiri tidak di kanan,
hanya ingin berpesan,
sahabat,
tiada beza di mata aku yang biasa,
semuanya sama,
sayang ku tidak bermakna,
andai kalian tidak menerima..

aku sayang semua insan,
yang dicipta Tuhan,
mengambil sahabat sebagai salah satu peranan.

~guna pendekatan anilisis nilai ni. hehe

Sunday, November 14, 2010

serak

berlari ke hutan sambil berteriakan,
berlari ke laut sambil berlontaran,
siapa mahu dengar,
hanya alam mampu faham,
tidak kira siang atau malam,
perasaan kau pasti tenggelam.

luputkah perasaan kau,
bukan dahulu kata kau,
kosong.

bertarikh tuan punya badan,
dijangka selamat ke akhir kiraan,
kembali lah berteriak ke hutan,
kembali lah berlontaran ke lautan,
aku hanya mahu berdendang,
lagu ribut petaka songsang,
penebus dosa di luar gelanggang.


~baca buku kepala pening

Monday, November 8, 2010

Gone

one fine morning you touched,
and kissed me right on my arm,
sat with smile and your hair
hugged the breeze all the ways.

..........
and now you're gone,
I am alone.


~hujan. mahu makan~