Berarak mendung ditiup angin,
Bayu menyinsing keluh dirintih,
Tidaklah tedung berasa dingin,
Andai berasing jauhnya kasih.
Unggas bertamu dimusim luruh,
Bunga berhias di hujung paya,
Tidakkan jemu kasih sepuluh,
Andai berbalas cinta sahaya.
Lenggok merpati hinggap bersila,
Biduk berdayung tiada belayar,
Hinggalah mati kasih berkala,
Jangan direnung nikmat bersambar.
Ku temu kasih di hujung duri,
Bunga bersedih tangis berbaja,
Ku urut kasih orang memberi,
Rupanya pedih hingga ke senja.
Pagi bersuluh guruh menyapa,
Tilamku lemah indahnya tiada,
Ku tunggu sembuh hati bertapa,
Moga bersembah milik adinda.
akuer
2.02pm
Isnin
6/07/09
5 comments:
Andai kasih sudah bertaut
Andai layang-layang terbang selesa
Masihkah kita tergamak mengaut?
Perlukah kasih berkongsi rasa?
Huhu..
Ditempa suasa berbentuk pauh,
Parang diasah di hujung batu,
Tak kan terasa kasih nan jauh,
Tubuh terpisah hati bersatu.
Mata berpinar mencari palas,
Hati buntu tiada ketemu,
Andai benar cinta berbalas,
Kasih satu tiada kan jemu.
Tumbuh melata tepian pala,
Tiada berduri bunga selasih,
Masakan cinta terus berkala,
Andai diri setia berkasih.
Buah yang masam usah disisih,
Pohonnya rendah meneduh tangga,
Itulah resam dalam berkasih,
Tidak seindah nukil pujangga.
Mekar tumbuh naungan kelapa,
Harum melata si bunga mawar,
Pastikan sembuh hati bertapa,
Mujarab cinta jadi penawar.
Luahan Hamba
hmm...thanks!! nice!!
hmm...thanks!! nice!!
welcome...
ikan bawal si ikan keli.
u jual pasti i beli ;)
Post a Comment