langkah lah seribu pun,
kalau kau rasa jejak itu buat kau senyum,
langkah lah sejuta pun,
kalau kau rasa bekas itu bakal diturut.
biar saja,
tiada siapa pun mahu peduli,
besar atau kecil,
mereka tetap tuli.
langkah lah ke seberang pun,
andai kau rasa tenangnya bukan macam gurun,
langkah lah ke bintang pun,
kalau kau rasa kau mampu seterang itu.
abaikan saja,
manusia memang begitu,
memang begitu manusia itu.
kejap saja,
dengar sini, kejap saja.
tengok, jenguk, belakang.
tenung.
sekarang langkah lah.
jangan kau paksa,
langkah lah.
jangan kau paling lagi,
jangan kau ubah seinci,
jangan,
rasa pun jangan peluang kau beri.
langkah lah,
kalau kau rasa,
langkah lah,
kalau kau rasa.
undur lah,
kalau kau rasa tiada hati,
undur lah.
akuer
1 Nov 2009
6.18 am
kalau kau rasa jejak itu buat kau senyum,
langkah lah sejuta pun,
kalau kau rasa bekas itu bakal diturut.
biar saja,
tiada siapa pun mahu peduli,
besar atau kecil,
mereka tetap tuli.
langkah lah ke seberang pun,
andai kau rasa tenangnya bukan macam gurun,
langkah lah ke bintang pun,
kalau kau rasa kau mampu seterang itu.
abaikan saja,
manusia memang begitu,
memang begitu manusia itu.
kejap saja,
dengar sini, kejap saja.
tengok, jenguk, belakang.
tenung.
sekarang langkah lah.
jangan kau paksa,
langkah lah.
jangan kau paling lagi,
jangan kau ubah seinci,
jangan,
rasa pun jangan peluang kau beri.
langkah lah,
kalau kau rasa,
langkah lah,
kalau kau rasa.
undur lah,
kalau kau rasa tiada hati,
undur lah.
akuer
1 Nov 2009
6.18 am
1 comment:
.my second was pulse stopped.
.and my body was in shocked.
.my head spinning in many directions.
.then my eyes too learned to react.
.by forming a liquid called tears.
"takut melangkah
walau bersalah
hanya berserah
kepada yang kuasa"
Post a Comment