Friday, August 20, 2010

SEMPURNA SEIMBANG SERATA

(Puisi tentang Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri – sepuluh nilai di dalamnya)

Aku mahu menjadi manusia sempurna,
Walau tidak di mata,
Cukup rohani menyelit rasa,
Perkembangan diriku,
Tetap bernilai seindah sutera,
Seimbang serata.

Aku mahu menjadi manusia sempurna,
Dengan mempercayai tuhan maha esa.
Suci fizikal, emosi dan mental,
Punya harga diri sentiasa kental.
Seimbang serata.

Aku mahu menjadi manusia berguna,
Kerajinan menjadi rutin semasa,
Berhemah tinggi selari suasana,
Kasih sayang tunggak bersama.
Seimbang serata.

Aku mahu menjadi manusia sempurna.
Besederhana dalam apa jua,
Jujur berkata dengan anggota,
Seimbang serata.

Aku mahu menjadi manusia sempurna,
Baik hati sesama makhluknya,

Tahu meringankan lidah,
Bukan mengata,
Tapi mengungkap kata menjadi suasa,
Indah,
yakni terima kasih pada semua.

Aku mahu menjadi manusia sempurna,
Seimbang serata.

Karya : JEJAKA BERMORAL :D

~asaimen pendidikan moral yawwlll
~sam arcj non aslam mapay n me yawwwlll
~tuk ms Ng yawllll

1 comment:

h a m h a m said...

moral la sgtt kann.

(^_~)V