kala jingga mengusung rindu,
baliknya kelabu gelap membuntu,
pekat rasanya kalau diri di tasik debu,
sedangkan gapura cinta itu masih terbuka di luar kelembapan kotak fikirmu.
perlu engkau tahu tiada basah tanpa angin,
tiada hembus tanpa hati,
tiada bota tanpa pencipta,
dan mana mungkin basah kelopak bunga deria mu,
jika engkau tahu bahawa bukan semua di bumi tinggalan mereka ini bernafas tajam,
menusuk hati hati suci yang penuh dambaan..
6.14 pm
4 mac 2008