Monday, December 20, 2010

Rencana Tuhan

berjalan lah tanpa ada haluan,
kerana yakin bintang menyusur memberi sinaran,
jangan kau anggap kosong kata-kata bulan,
kerana semuanya matahari empunya bantuan,
walaupun perlahan.

berjalan lah tanpa ada kekusutan,
kerana minda tidak pernah jauh dari ingatan,
leraikan permasalahan,
walaupun perlahan.

berjalan lah tanpa ada permusuhan,
kerana manusia tidak lari dari godaan,
semua tahu bingkisan syaitan,
sentiasa wujud dalam kehidupan,
walaupun perlahan.

bukan kerelaan,
ada pun semuanya telah direncanakan,
walaupun perlahan.
itu rencana Tuhan.,
walaupun perlahan.

~cuti hanya 2 minggu. demm.