Tuesday, February 2, 2010

faham2 la....

Pagi ku telah berminum secangkit basi,
urat belum sempat di tegang,
hati sudah dikendur bengang,
HATTA YANG TUNGGAL BELUM SURUT KE AKAR.
Bangsat!
Hipotesis engkau tidak kukuh di halwa,
Misi engkau tidak utuh di bawa,
Kerana destinasinya,
Buat mimpi aku ke gurun,
Bukan ke muara.

**lupa buat bila..
**kak faz..sgt benci puisi ini..ha3

Lidah Gelojoh

orang kata baik diam,
lidah simpan dalam-dalam,
kau tidak sama berendam,
molek rasa kau berendam.

jeritlah sekuat rasa,
hanya lidah mampu menggesa,
waktu berlalu biasa,
tempias minda kau berbisa.

rapuh macam bodoh,
hanya aku,
jangan lidah kau gelojoh,
sekali kau buat,
ayat itu punca kau gaduh.
sangat ampuh.

10.45am
DMS
25/01/10

aku tatau nak letak tajuk apa

sekitar lembah dosa
cantrik dirinya indah
berdiri
bercari
berliuk

sekitar lembah dosa
malam sayapnya marak
gah
ramai tertawan
seakan satu perlumbaan
juara
dia mampu bersuara
kerana
punya dia

sekitar lembah dosa
jauh di bucu hati
soal terpangkah tanda
betulkah?
waraskah?
salahkah?

sekitar lembah dosa
hanya tapak itu ada
pengisi tenaga diri dan dijaga
jika itu santapan rasa
air mata penghilang dahaga
terpaksa?
dipaksa?
tanyalah sekitar lembah dosa

11.00 am
DMS
25/01/10