Sunday, June 1, 2008

Kisah Cinta dan Setia

Sedang angin menghembus lembut nafasnya,
Menung bersinggah menjemput masa ketika,
Lantas minda berlagu nada lama,
Mengungkap kata yang dahulunya keramat jiwa,
Akan tetapi bicara benci kini penyudah.

Payah berselimut kasih bernafsu,
Kerana hati jauh tinggal membeku,
Bukan rasa begitu yang ku mahu,
Membiar diri larut tak menentu.

Mengapa?
Kerana satu satu mengukir kata,
Tidak beralas buktinya nyata,
Seperti kata kata pujangga madah,
"Ambil pisau belahlah dada",
Ah! Karut!
Semuanya bodoh, dusta belaka.

Pantaskah aku mengulanginya,
Takut pisang beranak kedua kalinya,
Perit tekak ku menelan kelatnya,
Walaupun dahulu aku pernah menggemarinya.

Kiranya...
Kala malam ketakutan ku melambai,
Menyuruh bersila akan siang keceriaan,
Pabila aku cuba menduga,
Aku tersadung satu cahaya,
Cahaya yang bagiku asing tapi berperasaan indah,
Yang buat aku terjatuh,
Bukan jatuh kepada pedih,
Bukan Jatuh kepada sakit,
Tetapi,
Jatuh kepada cinta.

Tidak!
Susah bagi ku menyelam derita,
Tidak ku tahu bila arus akan berubah,
Biar aku maafkan sahaja cahaya itu,
Dan sinarilah lembah lain,
Yang gelap tidak pernah dikunjungi,
Bukan di sini,
Kerana tebing kesedihan susah terhakis,
Mengambil waktu menunggu terkikis,
Kerana aku sukar menerima sesuatu yang sama,
Gigil hati tersulam seksa,
Andai cahaya itu berganti suluhnya.

Tapi...
Kira kegelapan mataku punya air menitik,
Perlu akan sinaran kasihnya,
Menyingkap keresahan di balik detik,
Melihat tautan harum bunga yang dahulu menghiasinya,
Kini aku menerima.

Dan..
Jika aku menghulur sila,
Adakah aku diberi rasa,
Ukiran janji tanpa noda,
Dalam liku simpang cinta,
Tanpa dosa dalam beloknya,
Tanpa khilaf dalam bulatnya.
Dan..
Aku merasa kata hangatnya,
Tersusun baris indah harumnya,
Akan ku semat setiap ketika,
Tidak memandang kiri kanannya,
Kau memberi simpulan bahagia,
Sukar dilerai kuat takhtanya,
Kau beraja di sanubari lama,
Aku akan menjaga segala,
Cinta sayang diri mu jua,
Jauh hatiku berdoa sentiasa,
Moga kisah ini berakhir tanpa lara,
Kerana engkau aku setia,
Kerana engkau aku cinta...


12.02 am
31 Mei 2008

8 comments:

Anonymous said...

wow!tersentuh jiwaku ini..syabas....!!teruskan usaha mu dik:)

ERu said...

haha

Anonymous said...

seriously, awesome! menyentuh bah ni. that's god's honest truth.

Ad Rifza said...

Setianya cinta...tanpa kesetiaan cinta tiada maknanya...Cinta membuatkan jiwa rasa bahagia tanpa sikitpn rasa derita...Jagalah cinta...kerana tanpa cinta kehidupan tiada maknanya...

ERu said...

tersentuh saya pakcik ad..hehe..tq

Anonymous said...

fuh..... what more can i say... the way u select and arrange the words in the sentences was fantastic mempesonakan

ERu said...

tq....

h a m h a m said...

ada air bergenang masa aku baca nie. cantik sangat :)