Tuesday, April 28, 2009

SATU MASA ITU...

(specially dedicated to those who will leave us in reaching the stars of knowledge - friends, brothers, sisters in uum)

satu masa itu aku ada di belakang sana,
hanya mengintai dari balik kaca berdebu halus,
tanpa kata mataku terus celik,
di kala hati aku berdetik seakan sesuatu kususuri..

satu masa itu aku ada di belakang sana,
tiada lagi patah lidah aku berpetah,
hanya berteman kaca debu itu melihat mereka,
aku cuba berkata juga...
ah! payah sebenarnya..segan langkahnya..

tapi satu masa itu terjadi sesuatu,
hati ku mencanang badan akan keinginanku,
kenginan untuk berada di balik kaca debu,
yang selama ini menjadi tembok pemisah diriku...

dengan mereka...

di baliknya..

satu masa itu aku berada dalam lingkaran mereka,
lingakaran tali baru yang baru bermula,
tetapi yang utama aku diterima,
aku kini bukan di balik kaca,
tetapi di dalam kaca bersama mereka...

satu masa itu aku cukup tidak sangka,
daifnya aku dari luar diterima mereka,
hinanya aku dari luar disambut mereka,
buruknya aku dari luar dipeluk mereka...

satu masa itu aku sentiasa bersama mereka,
dalam hujan aku mandi bersama mereka,
dalam panas aku berpeluh bersama mereka,
dalam ribut aku bertahan bersama mereka..

satu masa itu aku menangis bersama mereka,
aku berdarah bersama mereka,
aku keriangan bersama mereka,
aku kesempitan bersama mereka,
aku kekenyangan bersama mereka,
aku berlawan bersama mereka...

satu masa itu masih aku ingat,
sakit ku dirawat dengan tangis mereka,
pedih ku diubat dengan jagaan mereka,
lesu ku berkurang dengan tawa mereka,
sepi ku hilang dengan cinta mereka..

mereka...
tali baru....lingkaran baru....
hujungnya ada..
pangkalnya ada..

satu masa itu juga telah tiba,
datangku dari balik kaca,
kini aku harus kembali ke balik kaca..
mereka juga sama..

langkah menyusur tika satu masa itu tiba,
mereka dan aku mencari haluan berbeza ratanya,
meninggalkan kaca itu begitu sahaja,
hendak memanjangkan masa itu bukan kuasa makhluk serba lemah,
kuasa yang satu menemukan dan memisah...

mereka mengatur gerak bersama,
sama pada satu masa,
tinggal kaca itu,
melihat sendiri tanpa siapa,
mengintai diri tanpa wajah,
hanya kenangan tersimpan dilaput labah..

tapi hati tetap ada pada satu masa...

mereka...kakak..

mereka...abang..

mereka...saudara..

mereka... TEMAN...

satu masa itu..
mereka,
dan aku..

akan kembali..

aku harapkan,
satu masa itu...

terima kasih masa..

terima kasih TEMAN..



akuer
2,54 am 28/4/09

7 comments:

mELatic0nFused said...

thanx dear..gonna mish u!

preity_hani said...

thanx Er...
erk... anim pon termasuk skali kew?
ngeee....

Unknown said...

ekceli..hehe..assalamualaikum..mcm mana mO FoLLoW nI...Nda namapak:)

seri said...

hye Err... kakak singgah di sini.. I dah letak ur link dalam blog I.. boleh ke..?

ERu said...

yap..untuk anda semua dan mereka...

ERu said...

boleh..on ja kakak seri...yo!

mkamiltaufique said...

style.. jom lepak Penang..