Tuesday, October 27, 2009

Lembaran Misi Tun Abdul Razak

Ni pun aku jumpa dlm external.. masa ni minah pegawai tu suruh aku antar puisi pasal Tun Abdul Razak dalam satu competition..aku tak tau pun apa kesudahannya..hahaha...dalam kemalasan aku buat juga.. aku tak berapa puas hati pon dgn karya ni.. tp ok la dlm masa singkat dan takder ideanya.. tajuk dia pulak mmg aku belasah ja.. haha

Abdul Razak..

Lahir mu ibarat selakan baru,

Pada yang menanti akan teguh jiwamu,

Bertahan kala benteng kusam hampir runtuh.


Pada perkiraan itu,

Tamadun Pekan tersenyum seakan sesuatu,

Hanya kerana lagat anak muda berbenih tumbuh,

Menyusur cuba meneguk ilmu,

Tak beralas dirinya tanpa sepatu,

Walau kantung sesungguhnya penuh,

Kerana tersentuh,

Sahabat lain tiada mampu,

Dapat ku lihat hati rakyat di situ.


Abdul Razak,

Kala kematangan diri,

Serata tanah kau jejaki,

Harapan menggunung kau daki,

Kalian yang ada di luar kau jejaki,

Iltizam tinggi taraf hidup kau baiki.

Dari Buku Merah ke Bilik Gerakan,

Dari tropika ke satu gugusan badan,

Felda, Felcra, Risda dan segala Perbadanan,

Hingga lahir MARA penyelamat watan.


Abdul Razak,

Tiada air tanpa gelombang,

Tiada goyang tanpa tiupan,

Satu persatu gundah jadi santapan,

Kira bangsa-bangsamu terputus ikatan.

Darah mengalir ibarat terusan,

Tangisan menyusur cinta kehilangan.


Namun Abdul Razak,

Urat kental mu membangkit gigih,

Semangatmu umpama bota jiwa mendidih,

Kala saudaramu kian merintih,

Bermacam suap mereka tagih,

Kira harapan kau beri mereka raih.


Kala darurat menjadi musim,

MAGERAN si raksasa kau cipta penyelamat mukim.

Perpaduan bersorak, menangnya tanpa hakim.

Tiada lagi perbezaan rejim.


Dari terurai,

menjadi satu bangsa,

Dan kau serap tumpahan darah lama,

Dengan kengsal cinta pada negara,

Menjadi penyatu semua mata,

Hingga ZOPFAN perintis keamanan Asia Tenggara,

Ke puncak nama negara Malaysia.


Abdul Razak,

Yang buta kau celikkan matanya,

Yang bisu yang petahkan katanya,

Yang miskin kau sinarkan keringatnya,

Yang gelap kau suluhkan jalannya.


Hadirmu ibarat warna,

Pergimu ibarat derita,

Tiada kiranya emas membayar jasa,

Hanya doa sekalian jelata,

Pada Tun Abdul Razak,

Bapa Pembangunan Negara.


akuer
(April 2009)

No comments: