Friday, December 25, 2009

Terima Kasih Mimpi

semalam aku bermimpi,
rimas buat kali awalnya,
tapi sekadar beringat,
mungkin takwilnya satu yang didamba,
tapi sekadar beringat.

lalu keresahan mimpi itu wujud,
detik gelap yang tiba,
waktu itu aku seperti biasa,
perlu takut apa kalau terang mataku pada yang Esa,
jangan dibiar,
tutup rapat mata kembali,
biar tenang,
cuba.

kesekiannya kembali,
detik gelap yang tiba,
waktu itu aku semakin biasa,
tiada apa yang ditakut kerana makin terang mataku,
tidak kubiar,
tidak jugak ku alah,
tidak perlu ditutup kembali,
asalnya seperti itu,
cukup tenang,
cuba.

sekadar mimpi.
sekadar takwil.
siapalah aku mahu menguji,
atau mengeji..
kerdil.
Bodoh dalam hal sebegini.
Lalu ku sedar.
Memang kecil jika dibanding.
terima kasih mimpi.



---double-u-tee-ef as i learn from Neo.. thx.
---i will be leaving home in a few hours... :(

No comments: