Friday, January 21, 2011

Laundry

dalam kocek ada dua kupang,
buat lapik perut bergendang,
dalam diam aku rasa sayang,
boleh guna jam aku sengkang,
terbayang,
haruman buat ku  tak tahan,
terangsang,
otak ku memikirkan,
tak senang,
gaya kau ku ibaratkan,
hanya kerana itu dua kupang.

~jemoq baju dalam bilik~.

Celik Mata Cantik

celik mata teringat cantik,
baru dipandang selang sehari,
tolong,
nick name pun aku tidak pasti,
rasa malas,
biar dinafi,
tetap,
celik mat teringat cantik..

~hahahahahaha~

Friday, January 14, 2011

peti besi

penuh otakku berfungsi,
adakah neon membran besi,
mencari sinar dan solusi,
pada karangan yang tidak berisi.

lupa aku pada si cantik,
yang dahulu mencari manik,
mahu disulam tapi sudah carik,
tinggal jarum besi empunya sang gundik.

berlari aku mengejar lagu,
tersusun sumbang di tengah kau tak tahu..

biar aku berdiam diri,
tak terkata kebodohan tuli,
biar aku berpura cari,
sedang kau tahu aku dah mati,
hanya kerana tiada manusia lagi,
mahu ku kawan tapi kau gergasi..

beg duit ku poyo pada lelaki,
ada foto tapi tak di kenali,
terselit nama bukan puteri,
sayang rupa vcd fantasi,
mencari abadi,
palsunya gigi..
ku cium tak berani,
takut bersengkang nanti,
peristiwa diingati.
jadi simpankan saja,
dalam peti,
peti keselamatan besi.


-selamat malam LP-

Wednesday, January 12, 2011

has yet to have title updated konon2 II

senja yang mengukir kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis..

karbon yang kau hembus padaku,
tiada pernah menjadi satu,
dalam diriku,
terhakis..

tiada nada yang syahdu,
jangan buat aku ragu..

pejamkanlah mataku,
terbanglah bersama aku,
hapuskanlah gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
pening ku kau berubah laku,
sarafku digetar bayu,
janganlah buat aku ragu..

-lesson plan-

Monday, January 10, 2011

has yet to have title

senja yang bergaris kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis tiada nada berlagu syahdu,
aku ragu..

pejamkanlah matamu,
terbang bersama ku,
hilangkan gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
hingga bayu menyapu musabab dirimu yang berubah laku..

aku ragu..

mengantuk aih