penuh otakku berfungsi,
adakah neon membran besi,
mencari sinar dan solusi,
pada karangan yang tidak berisi.
lupa aku pada si cantik,
yang dahulu mencari manik,
mahu disulam tapi sudah carik,
tinggal jarum besi empunya sang gundik.
berlari aku mengejar lagu,
tersusun sumbang di tengah kau tak tahu..
biar aku berdiam diri,
tak terkata kebodohan tuli,
biar aku berpura cari,
sedang kau tahu aku dah mati,
hanya kerana tiada manusia lagi,
mahu ku kawan tapi kau gergasi..
beg duit ku poyo pada lelaki,
ada foto tapi tak di kenali,
terselit nama bukan puteri,
sayang rupa vcd fantasi,
mencari abadi,
palsunya gigi..
ku cium tak berani,
takut bersengkang nanti,
peristiwa diingati.
jadi simpankan saja,
dalam peti,
peti keselamatan besi.
-selamat malam LP-
No comments:
Post a Comment