Thursday, September 1, 2011

Eid

takbir di laung
tanda berakhir bulan yang agung
tanda kebesaran tuhan yang satu
ada menangis
ada tersenyum
tanda syukur 
tanda sedih
datangnya syawal
perginya ramadhan...

maaf ku pohon
kerana aku bernama insan
tidak sempurna segala sifat
khilaf makanan ku
silap tidurku
salah mandiku
tanpa sedar aku seteru

indah syawal kita
jangan lupa syukur padaNya
indah hari kita
jangan lupa yang sudah tiada
indah pakaian kita
jangan lupa yang miskin hina
indah persiapan kita
jangan lupa yang jauh di sana

semoga puji pujian sentiasa di bibir
terang menyuluh hati setiap insan yang kerdil..

-selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin (2011)-

No comments: