kosong waktu berpusing
tatkala hamba itu sedang berzikir.
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.
jangan kau pernah.
tatkala hamba itu sedang berzikir
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.
tapi sedar aku itu tidak penting.
adakah aku sang pencipta yang yakin,
sebagaimana yakin nya sang nyata
akan kumat itu yang dititip.
tapi sedar aku akan selepas itu,
aku bukan sang pencipta.
aku bukan sang nyata.
aku patut menadah syukur,
ada juga kumat ditafakur.
No comments:
Post a Comment