Thursday, January 12, 2012

stapler silver

gerak selindung dalam samaran
kabus menusup dengan senyuman
lihat wajahmu tanpa sapaan
garisan lembut di sempadan
benarkah maksud yang kau buru
kerana aku langsung tahu

carian berbeza
perahu engkau musnah
keruhlah paya
dalam titian air kolah

mencari jawapan
kemanakah hilang
perlukah dijulang
perjuangan...

biar diasak seribu soalan
yang cantas pasti terbebas
yang rosak pasti terbuang

tak pernah kenal bukti yang nyata
hanya dusta kau pelihara
bangkit kau lupa timbangannya

biar kan dia terus berdusta
bukan kuasaku
menilai hambanya......

-1070-

No comments: