Sunday, January 6, 2008

Jawapan

aku berlari mencari bayang,
singgah lelah ku menusuk ke hati,
pudar rasa buas sebentar itu,
hanya kerana sedetik keringat memberi salam.

jika ku banding hidup aku,
mungkin dengan seseorang yang merasa sama,
mungkin tidak indah ibarat pokok,
kalau berguna, berguna la ia,
sebaliknya mungkin jatuh tiada kesan,
hatta nama tiada tinggal.

sungguh aku mencari semua kata-kata,
mungkin menjadi emas penunjuk,
lalu hidup selamanya berkilau,
tapi tidak,
mungkin tidak pernah,
tanpa satu kata yang lebih bernilai,
aku tahu jawapannya.

No comments: