ayah kata,
berbaik sangka dengan orang,
kerana lidah ibarat parang,
makin di asah makin berang,
demikian la ragam.
ayah kata,
biar orang buat,
kita jangan dekat,
jangan diturut yang bukan malaikat,
lihat,
dengar,
ingat..
semuat itu nasihat..
buruk,
baik,
samar,
terpulang pada hati,
terlerai atau terikat.
ayah kata,
jangan ditunggu bintang berkelip,
kerana memangnya sejak alif,
cuma tidak disitu,
kerana manusia kerdil,
tapi keringat jangan dilupa,
ibarat zam zam di bumi Anbia,
akan tergapai,
andai teguh tanpa mimpi dibuai..
ayah kata,
simpan,
jangan di arus ke lautan syaitan,
buruk perangai,
cuba tanam dalam lipatan,
kelak menggunung ayah tiada harapan,
itu satu lah jadi santapan.
ayah kata,
itu satu lah jadi santapan.
~ayah kata
~ayah kata
2 comments:
Apakah Santapan? I thought it's makan.
sort of. then it is in ur blood.
Post a Comment