Kemudian dua..
3 menurut langkah..
sehinggalah ke akhirnya..
aku tetap tunggu..
siapa yang baca,
tak perlu mentafsir..
hanya aku yang faham.
sakit.
satu jam aku tunggu.
-30 december 2009-
-aku benci kamu-
-sangat sakit-
-sangat sedih-
-air mata-
Abdul Razak..
Lahir mu ibarat selakan baru,
Pada yang menanti akan teguh jiwamu,
Bertahan kala benteng kusam hampir runtuh.
Pada perkiraan itu,
Tamadun Pekan tersenyum seakan sesuatu,
Hanya kerana lagat anak muda berbenih tumbuh,
Menyusur cuba meneguk ilmu,
Tak beralas dirinya tanpa sepatu,
Walau kantung sesungguhnya penuh,
Kerana tersentuh,
Sahabat lain tiada mampu,
Dapat ku lihat hati rakyat di situ.
Abdul Razak,
Kala kematangan diri,
Serata tanah kau jejaki,
Harapan menggunung kau daki,
Kalian yang ada di luar kau jejaki,
Iltizam tinggi taraf hidup kau baiki.
Dari Buku Merah ke Bilik Gerakan,
Dari tropika ke satu gugusan badan,
Felda, Felcra, Risda dan segala Perbadanan,
Hingga lahir MARA penyelamat watan.
Abdul Razak,
Tiada air tanpa gelombang,
Tiada goyang tanpa tiupan,
Satu persatu gundah jadi santapan,
Kira bangsa-bangsamu terputus ikatan.
Darah mengalir ibarat terusan,
Tangisan menyusur cinta kehilangan.
Namun Abdul Razak,
Urat kental mu membangkit gigih,
Semangatmu umpama bota jiwa mendidih,
Kala saudaramu kian merintih,
Bermacam suap mereka tagih,
Kira harapan kau beri mereka raih.
Kala darurat menjadi musim,
MAGERAN si raksasa kau cipta penyelamat mukim.
Perpaduan bersorak, menangnya tanpa hakim.
Tiada lagi perbezaan rejim.
Dari terurai,
menjadi satu bangsa,
Dan kau serap tumpahan darah lama,
Dengan kengsal cinta pada negara,
Menjadi penyatu semua mata,
Hingga ZOPFAN perintis keamanan Asia Tenggara,
Ke puncak nama negara Malaysia.
Abdul Razak,
Yang buta kau celikkan matanya,
Yang bisu yang petahkan katanya,
Yang miskin kau sinarkan keringatnya,
Yang gelap kau suluhkan jalannya.
Hadirmu ibarat warna,
Pergimu ibarat derita,
Tiada kiranya emas membayar jasa,
Hanya doa sekalian jelata,
Pada Tun Abdul Razak,
Bapa Pembangunan Negara.
Kau senyumkan anak muda itu,
Dari kekusutan lama yang tertangis derita pilu,
Kau tawakan bibir merah anak muda itu,
Hingga mampu mengukir kuntuman rindu,
Yang telah lama ditiup sengsara lalu..
Ku selak tirai hidupmu bersama anak muda itu,
Tiada arus darah yang sama kiranya begitu,
Sedangkan mungkin,
Yang melahirkannya pun tidak mampu,
Yang menjaganya pun tidak punya waktu,
Untuk memberi sekeping pintu,
Yang menjadi jalan keluar dari pedih hati sakit itu..
Hati itu kau beri kecintaan,
Hatta perasaan tidak berbalut dalam rongga kemerahan,
Walau kau tahu,
Memberi kepingan hatimu,
Ibarat memotong usia kecergasanmu..
Tidak kau peduli deritamu,
Kala rintihan telah menusuk kewarasanmu,
Bukan simpati yang bergelumang dalam sedarmu,
Tapi keinginan,
Keinginan untuk melihat hati anak itu sama seperti mu..
Mampu merasa indah pada cinta,
Mampu merasa degup pada nadi..
Wahai si pembela,
Sedarkah lagakmu merubah segala,
Anak muda itu telah mampu menghunus rindu,
Kala hatinya kembali berdegup laju..
Mungkin tiada siapa tahu,
Sakit yang engkau tanggung,
Malah tidak pernah kau mahu beritahu,
Asalkan hati itu ikhlas bersatu,
Agar nyawa itu bernafas mampu..
Wahai si penderma,
Kira korban jiwa mu umpama wira,
Semangat kentalmu ibarat waja,
Keikhlasan mu setinggi permata,
Cinta mu pada manusia secantik purnama…
Walau kau bakal menyusuri liku,
Kerana hatimu bercerai ke situ,
Ke hati jasad yang amat perlu,
Kerana cintamu pada manusia yang perlu..
Sungguh,
Dalam hatimu itu,
Tidak ramai manusia tahu akan deritamu,
Dalam hatimu itu,
Tidak beribu manusia tahu pengorbananmu,
Memberi sedikit ruang hati mu pada yang perlu,
Sedang kau bakal tangisi pemberianmu..
Sesungguhnya,
Pengorbananmu hatimu ku kagumi,
Kesanggupanmu ku ratapi,
Keikhlasanmu ku rasai…….
Dan pahala berganda akan kau rai…..
Dalam hati mu wahai Si Penderma Hati,
Kau la wira sejati….
akuer
(1.54 am, 30/08/09)