Sunday, December 25, 2011

Memor An Dum

jika mimpi di jalan sangsi,
kau berani.
kau jamah diri.
nescaya,
kau lupa apa itu misi,
berjuang di bumi sendiri.

setinggi langit dihujung jari
sehebat dasar lautan yang bonda impi
itu lah kiasan cita yang ingin kau miliki
kian pasti

berjuang tempur bersinggah ribut
dan engkau kenal manusia di dalam selut
kini kau dihadapan memburu panji berparut
dalam kalut

terbit saudara bagai rupa
palsu nya nyata enggan sirna
aku pinta kau wahai suara
jangan di hina darah kita

terbit saudara bagai rupa
juangnya salah berperang bisa
aku pinta kau untuk bersuara
bukan bermadah hingga alpa

pandanglah tangan engkau dan aku
garisan sama tiada yang tidak tahu
walaupun tersasar namun syahadah engkau dan aku
tetap satu

lihatlah akar pohon di puja
jangan kau mudah berpaut dengan rela
akal perisai yang mampu membantumu tika
salah langkah


*feel free to listen to the song preview at PemuzikAmatur. full version will be updated soon. :)

-oh la la la la-

Tuesday, December 6, 2011

Hey Kamu.

hey pandang sini,
lihat lah yang menanti,
tiada baris senyum ku beri,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

hey dengar sini,
amati apa yang ku ratapi,
bukan sepi yang ku beri,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

pandang lah cinta,
kau lah yang pertama,
melagukan setiap langkah ku di sana,
hanya sesaat kau cuba menyapa,
aku terasa.
kosong berbisa.

hey jangan mati,
sudah kah sedia semua jemari,
tiada dosa bukan nya suci,
tapi kau tahu apa di dalam hati.

-7bulan katanya-

Saturday, November 19, 2011

Perawan Solo

tujuh bulan tiada fatwa
mencari senja nan merah
dan tetap sanggup engkau redah
biar malam bergelimpang
tidak engkau terus terbang
mencari rencah sang pejuang

engkau alas biduk kertas
membelah laut teratas
harungi ombak api deras
tidak kalut seberang tandus
si perawan tiada mulus
walaupun satu tiada hapus

hebat jalan langkah berang
berseni bilah kau pegang
jangan hanya hunus tapi sumbang
jauh lagi hujung bumi
teman kosong kanan kiri
hanya seorang menanti pasti

dihentak bunyi mencari deru
mungkin teman mungkin seteru
tapi bersinggah di tepis jemu
tinggal erti perawan mati
kesat di bibir tidak di hati
walau solo mencari bukti

*feel free to listen to this song at PemuzikAmatur *
-for radzi
-oh spp

Sunday, October 16, 2011

SCION

they said i am such
knowing me like thunder clutch
keep telling the same things
till sweat is no longer a sweat
flood and full by desultory.
because,
when they won the glory
they shouted merry.

they said i am the scion
erudite among the fierce lion
seems to know the bull
neither cool nor fool.
but,
when they won the glory,
they shouted merry.

and still,
they said i am scion.

-saya guru sandaran...acepedeh lol-

Tuesday, October 11, 2011

bahasa mu

sialan itu bukan bahasa elok.
bukan kah nenek mu sudah berpesan,
jangan terus terusan diperolok
nanti hilang ksabaran.

sialan itu bukan bahasa elok,
tapi yang berpesan serupa mogok,
asal ku tahu guna,
tiada tolok.
jadi.... sialan itu bahasa elok?

-anggur merah-

Monday, October 10, 2011

sepertiga malam

kosong waktu berpusing
tatkala hamba itu sedang berzikir.
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.
jangan kau pernah.
tatkala hamba itu sedang berzikir
kumat mulut tapi hati tidak lagak begitu.

tapi sedar aku itu tidak penting.
adakah aku sang pencipta yang yakin,
sebagaimana yakin nya sang nyata
akan kumat itu yang dititip.

tapi sedar aku akan selepas itu,
aku bukan sang pencipta.
aku bukan sang nyata.
aku patut menadah syukur,
ada juga kumat ditafakur.

menthol.

i can say whatever i want.
i can lay on wherever i want.
it is just the matter of grunt.
it is just the matter of blunt.

i can say whatever i want.

Thursday, September 1, 2011

Eid

takbir di laung
tanda berakhir bulan yang agung
tanda kebesaran tuhan yang satu
ada menangis
ada tersenyum
tanda syukur 
tanda sedih
datangnya syawal
perginya ramadhan...

maaf ku pohon
kerana aku bernama insan
tidak sempurna segala sifat
khilaf makanan ku
silap tidurku
salah mandiku
tanpa sedar aku seteru

indah syawal kita
jangan lupa syukur padaNya
indah hari kita
jangan lupa yang sudah tiada
indah pakaian kita
jangan lupa yang miskin hina
indah persiapan kita
jangan lupa yang jauh di sana

semoga puji pujian sentiasa di bibir
terang menyuluh hati setiap insan yang kerdil..

-selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin (2011)-

sebelum 1

apa dia sebelum satu,
bukan kosong seperti selalu,
siapa dia sebelum satu,
bukan ada untuk bertemu..

aku melengkapkan dusta kau cipta,
aku melengkapkan fitnah kau betah,
aku melengkapkan auta kau cerita,
sedang dia tahu plot dari bawah...

payah untuk aku melangkau kisah,
payah lagi bagi aku mencari penyudah,
tadah tangan mu,
moga cahaya itu milik kamu,
abadi di sini, abadi di sana..
gelita bukan penyeri dosa.

-happy eid-

Wednesday, July 27, 2011

barista

you must have a good sense,
a good taste,
surely you need a good tongue,
to taste all sort of good life,
even of the bad and cries,
and it is and it was not only about how,
and not only about now,
cause all you need,
is the spice you can assemble,
to clear out of any gamble,
inside the cup of vow,
for you to be a good barista,
nice to taste,
nice to have.

-its good to have a good latte-

the truth or dare (all we wanted)

the time was not really there,
the beast was not really care,
the love had turned out of fare,
the wish remained,
truth or dare.

we called ourselves heroes,
who used to every manners and mores,
better be a doula,
helpful yet adores.

all we wanted is all we wanted.

-hanya perlu-

Friday, July 8, 2011

Odie

kalau kau bicara sama bulan
cuba pastikan bulan itu mendengar
sebab tidak salah kau bicara sama bulan
cuma pastikan bulan itu mendengar

kau sudah bertemu sang Raja
mengapa tidak diberi kata pendeta
kau sudah bertemu dengan ruas
tapi mungkinbuku mu kebal berdepa

jangan di cuba menjahit dengan benang yang rapuh
penat kau menyambung
penat lagi kau menyusur

resmi itu bukan milik seorang mu
kerana itu pikulan kau dan aku
biar bertunduk berisi
biar berturut berjanji
biar berkibas berangin
jangan kosong hampagas pun licin

ingat di otak
jangan di lutut
ingat di juang
jangan di lukut

-stranded in a jobless island..zero-

sama saja

jangan kelahi
dont fight kata orang putih
sesama sama
tiada beza
hanya itu yang kecil bak sezarah
tapi menjadi besar kerana alpa
tiada melihat kebelakang walau sebentar

kasihan
itu saja
kasihan

-bodoh tidak membantu-

TSM

telur separuh masak
ada yang suka
ada yang mahu
ada yang geleng
tak kurang yang bermemek muka

lihat pada telur separuh masak
separuh nya ia
hanya rupa
sepenuhnya ia
pada si pembina

oh telur separuh masak
boleh kah kerendahan rasa aku
menjadi telur separuh masak

-you makan semua-

pain killer

oh please tell me
that she is not worth to be
just tell me
cause i need a pain killer no flee

-suatu yang baru-

Wednesday, June 22, 2011

sweet hi

cry shall dry
while you went to die
a morose nature did not have to lie
feel shy
and let the world
in the line
now i abhor your sweet hi.

-something unlearn-

Monday, May 23, 2011

8.15

kini aku pulang.
pulang.
pulang.

minta minta

hey gadis
hari ini aku minta facebook belum kau beri
lama menanti ibarat pujangga lama
yang tidak usah aku utara
hanya mimpi
tiada terkeluar dari kotak suara
biar kan sekadar mimpi
dan takkan keluar dari kotak suara
ku ulang berkali

hey gadis.
hari lain aku minta lagi

-no description-
-ku dalam mcd-

dengus kain kapan

kau menjerit macam syaitan,
siapa sangka pulangnya engkau bawa petaka,
jangan rakus
hanya bertanglung kain kapan,
jangan dengus,
sedang kau mahu berangkatan.

pintas segala maksud aku
jangan bagi aku rasa suntuk
sebab kecundang kau
kecundang aku
jangan bertari lagu sumbang depan aku

-rintih lapr..nyesal tolak pelawaan-

Saturday, May 21, 2011

6

aku tahu bukan mudah
tewas juga tapi aku tahu
buat apa disimpan
kalau tetap juga berasa selesanya hilang
jangan dibiar melarat
tapi tidak apa juga kalau sudah sarat
lepaskan
atau
biarkan
hipokrasi jangan
biar kejujuran
kalau takut menjadi penyebab
tidak apa
teruskan hipokrasi
asal semua rasa tenang

-luncheon-

fanaa

ku pusing terlelah macam belangkas,
pusing lagi ku putar sampai tumpas,
malah geraknya kian berlibas,
separuh indah separuh..

gadis bertudung,
jangan sampai kau rasa tak punya hidung.

aku satu orang mampu kudung.

-tengok hindustan pon ok weekend ni-

Tuesday, April 12, 2011

E.N.A.L.P

comes with no regrets.
ends with no debates.
room with no mates.

heart..

with no space..

-tahan. jangan lawan.

Friday, January 21, 2011

Laundry

dalam kocek ada dua kupang,
buat lapik perut bergendang,
dalam diam aku rasa sayang,
boleh guna jam aku sengkang,
terbayang,
haruman buat ku  tak tahan,
terangsang,
otak ku memikirkan,
tak senang,
gaya kau ku ibaratkan,
hanya kerana itu dua kupang.

~jemoq baju dalam bilik~.

Celik Mata Cantik

celik mata teringat cantik,
baru dipandang selang sehari,
tolong,
nick name pun aku tidak pasti,
rasa malas,
biar dinafi,
tetap,
celik mat teringat cantik..

~hahahahahaha~

Friday, January 14, 2011

peti besi

penuh otakku berfungsi,
adakah neon membran besi,
mencari sinar dan solusi,
pada karangan yang tidak berisi.

lupa aku pada si cantik,
yang dahulu mencari manik,
mahu disulam tapi sudah carik,
tinggal jarum besi empunya sang gundik.

berlari aku mengejar lagu,
tersusun sumbang di tengah kau tak tahu..

biar aku berdiam diri,
tak terkata kebodohan tuli,
biar aku berpura cari,
sedang kau tahu aku dah mati,
hanya kerana tiada manusia lagi,
mahu ku kawan tapi kau gergasi..

beg duit ku poyo pada lelaki,
ada foto tapi tak di kenali,
terselit nama bukan puteri,
sayang rupa vcd fantasi,
mencari abadi,
palsunya gigi..
ku cium tak berani,
takut bersengkang nanti,
peristiwa diingati.
jadi simpankan saja,
dalam peti,
peti keselamatan besi.


-selamat malam LP-

Wednesday, January 12, 2011

has yet to have title updated konon2 II

senja yang mengukir kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis..

karbon yang kau hembus padaku,
tiada pernah menjadi satu,
dalam diriku,
terhakis..

tiada nada yang syahdu,
jangan buat aku ragu..

pejamkanlah mataku,
terbanglah bersama aku,
hapuskanlah gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
pening ku kau berubah laku,
sarafku digetar bayu,
janganlah buat aku ragu..

-lesson plan-

Monday, January 10, 2011

has yet to have title

senja yang bergaris kelabu,
tiada pernah menjadi satu,
hanya dirimu,
menangis tiada nada berlagu syahdu,
aku ragu..

pejamkanlah matamu,
terbang bersama ku,
hilangkan gundahmu,
kembalikanlah senyumanmu..

sifat kau ku terganggu,
hingga bayu menyapu musabab dirimu yang berubah laku..

aku ragu..

mengantuk aih