Thursday, March 18, 2010

black title

the sorrow comes to get me,
tries to lead to the ways of free,
it is something that none of you can feel,
too much of tears between it,
too much of black covering it,
if only i could write on a full page to paste my grin..

i crawled i cried to find my destiny,
i fainted i lied to share the real of me,

i crawled i cried to find my destiny,
i fainted i lied to share the real of me,
but,
have your ever painted the feelings of accepting me....
though it's there,
yet,
too much of black covering it..


~in the room
11.15 pm
18 mac '10
blurrrr

Tuesday, February 2, 2010

faham2 la....

Pagi ku telah berminum secangkit basi,
urat belum sempat di tegang,
hati sudah dikendur bengang,
HATTA YANG TUNGGAL BELUM SURUT KE AKAR.
Bangsat!
Hipotesis engkau tidak kukuh di halwa,
Misi engkau tidak utuh di bawa,
Kerana destinasinya,
Buat mimpi aku ke gurun,
Bukan ke muara.

**lupa buat bila..
**kak faz..sgt benci puisi ini..ha3

Lidah Gelojoh

orang kata baik diam,
lidah simpan dalam-dalam,
kau tidak sama berendam,
molek rasa kau berendam.

jeritlah sekuat rasa,
hanya lidah mampu menggesa,
waktu berlalu biasa,
tempias minda kau berbisa.

rapuh macam bodoh,
hanya aku,
jangan lidah kau gelojoh,
sekali kau buat,
ayat itu punca kau gaduh.
sangat ampuh.

10.45am
DMS
25/01/10

aku tatau nak letak tajuk apa

sekitar lembah dosa
cantrik dirinya indah
berdiri
bercari
berliuk

sekitar lembah dosa
malam sayapnya marak
gah
ramai tertawan
seakan satu perlumbaan
juara
dia mampu bersuara
kerana
punya dia

sekitar lembah dosa
jauh di bucu hati
soal terpangkah tanda
betulkah?
waraskah?
salahkah?

sekitar lembah dosa
hanya tapak itu ada
pengisi tenaga diri dan dijaga
jika itu santapan rasa
air mata penghilang dahaga
terpaksa?
dipaksa?
tanyalah sekitar lembah dosa

11.00 am
DMS
25/01/10

Wednesday, December 30, 2009

Satu Jam

Satu minit berlalu.
Kemudian dua..
3 menurut langkah..
sehinggalah ke akhirnya..

aku tetap tunggu..

siapa yang baca,
tak perlu mentafsir..

hanya aku yang faham.
sakit.
satu jam aku tunggu.

-30 december 2009-

-aku benci kamu-
-sangat sakit-
-sangat sedih-
-air mata-

Friday, December 25, 2009

Terima Kasih Mimpi

semalam aku bermimpi,
rimas buat kali awalnya,
tapi sekadar beringat,
mungkin takwilnya satu yang didamba,
tapi sekadar beringat.

lalu keresahan mimpi itu wujud,
detik gelap yang tiba,
waktu itu aku seperti biasa,
perlu takut apa kalau terang mataku pada yang Esa,
jangan dibiar,
tutup rapat mata kembali,
biar tenang,
cuba.

kesekiannya kembali,
detik gelap yang tiba,
waktu itu aku semakin biasa,
tiada apa yang ditakut kerana makin terang mataku,
tidak kubiar,
tidak jugak ku alah,
tidak perlu ditutup kembali,
asalnya seperti itu,
cukup tenang,
cuba.

sekadar mimpi.
sekadar takwil.
siapalah aku mahu menguji,
atau mengeji..
kerdil.
Bodoh dalam hal sebegini.
Lalu ku sedar.
Memang kecil jika dibanding.
terima kasih mimpi.



---double-u-tee-ef as i learn from Neo.. thx.
---i will be leaving home in a few hours... :(

Friday, December 11, 2009

Padam

aatas,
bawah,
simpan saja.

kelak garis kau padam,
bila aku lukis kau tiru.
tidak kata mu.

kisah kah aku?

biar,
kelak garis kau padam,
bila aku lukis warna biru.
tidak kata mu.

juga.

kisah kah aku?

atas,
bawah,
simpan saja.

aku tidak kisah,
sedikit pun,
juga.

akuer
7.55 mlm (dalam bilik-blum mandi..hehe)


hanya luahan berlapis.. ;)

Wednesday, November 11, 2009

PARADIGMA HAKIKI

Hari ini,
manusia bangun kerana benci,
Hari ini,
manusia senyum kerana puji,
Hari ini,
manusia hidup kerana dengki...

Esok,
kau tidur kerana benci,
Esok,
kau nangis kerana puji,
Esok,
kau mati kerana dengki..

Selamanya,
kau hidup kerana Ilahi,
kau mati kehendak Ilahi,
Jangan kau duga,
itu adalah hakiki...

akuer
0034
bilik aku
11/10/09


Saturday, November 7, 2009

tah

sial..
aku tak tahu lah kenapa aku perlu cakap sial,
dah memang dasar sial,
balik balik buat aku bebal,
hipokrasi kau buat bagai dajal,
pergi mampus lagi baik dari lihat kau sengal..

*sori aa.. it's juz a piece of.... u noe that.. peace!

Sunday, November 1, 2009

Langkah Lah

langkah lah seribu pun,
kalau kau rasa jejak itu buat kau senyum,
langkah lah sejuta pun,
kalau kau rasa bekas itu bakal diturut.
biar saja,
tiada siapa pun mahu peduli,
besar atau kecil,
mereka tetap tuli.

langkah lah ke seberang pun,
andai kau rasa tenangnya bukan macam gurun,
langkah lah ke bintang pun,
kalau kau rasa kau mampu seterang itu.
abaikan saja,
manusia memang begitu,
memang begitu manusia itu.

kejap saja,
dengar sini, kejap saja.
tengok, jenguk, belakang.
tenung.
sekarang langkah lah.
jangan kau paksa,
langkah lah.

jangan kau paling lagi,
jangan kau ubah seinci,
jangan,
rasa pun jangan peluang kau beri.

langkah lah,
kalau kau rasa,
langkah lah,
kalau kau rasa.

undur lah,
kalau kau rasa tiada hati,
undur lah.


akuer
1 Nov 2009
6.18 am

Friday, October 30, 2009

Piut Berbaris

Terbuka pintu pelangi dalam gerimis,
Sebentar langit bertitah di renyai sadis,
Lembut suara, bayu menangis,
Sempatkah alam berlagu bermelodi bengis..

Terangkah desa diteguk hiris,
Tiada wajah tanpa semenggah bertapis,
Membeku tanah berbaja tiada bergaris,
Dan hanyutkah insang berkilau berlapis,
Dimedan camca rasa digilis,
Merana tiada pernah seakan berderu tangis..

Dengarlah telinga sang pewaris,
Pandanglah mata jangan tegar kau guris,
Bukan peha kerana ku mahu hanya betis,
Agar selamat piutku berbaris..


akuer
2.56pm
29/10/2009
(library Sultanah Bahiyah UUM (o_O)

Wednesday, October 28, 2009

Nek

Nek, nak itu..
~ ala, nenek tengah menjahit ni..
Nak! nak! nak!
~ hish budak ni.. mari teman nenek..
Ala.... nenek pegi la.. saya duduk sini ja.. ok?
~ bertuah punya cucu.. tunggu tau..

Nek, nak itu..
~ kan nenek tengah makan ni..
Nak! nak! nak!
~ sabar... kejap.. nenek basuh tangan..
cepat lah nenek...
~ iye.. iye..

Nek, kena pegi sana..
~ tak payah la.. siapa nak teman nenek..
Tak boleh nek.. kena pergi juga..
~ Tak pergi tak boleh ker..
Tak boleh la nenek.. Nanti dapat susah..
~ Hm.. jaga diri, jaga solat, jaga diri kamu..

Nek, cuti nek..
~ Lama tak jumpa, mari makan..
Nanti la nek.. jumpa kawan ni..
~ Lama tak makan dengan nenek..
Malam nanti ye nek.. tunggu tau..

Nek, janganlah kacau..
~ Bangun, makan..
Ala.. nanti makan la..
~ Marilah..
Ye la ye la..

Nek, nak balik dah ni nek
~ cepatnya.. cuti tak lama pun..
Nak buat mcm mana nek..nanti raya saya balik..
~ tak payah la pegi sana.. teman nenek sini..
Hish..mana boleh nek.. kena pergi juga..
~ ....... jaga diri, jaga solat, jaga diri.......

Nek, raya nek..
~ hmm...
Nek, saya mandikan nenek ye..
~ hmm...
Nek, buka mulut..makan nek..
~ hmm...
Nek, tidur ye nek..
~ .....

Nek, balik dulu nek..
~
Nek, jaga diri nek..
~
Nek, tunggu saya balik nek..
~
~
~


Nek, saya datang nek..
~
Nek, saya balik nek..
~
Nek, nenek kata nak tengok saya..
~
Nek, saya nak peluk nenek...
~
Nek, buka mata nek...
~
Nek, jangan tinggalkan saya nek..
~
Nek, saya takkan tinggalkan nenek..
~
Nek, nenek..jangan pergi nek..nenek...nenek..nenek...
~
~
~
~

Tuesday, October 27, 2009

Lembaran Misi Tun Abdul Razak

Ni pun aku jumpa dlm external.. masa ni minah pegawai tu suruh aku antar puisi pasal Tun Abdul Razak dalam satu competition..aku tak tau pun apa kesudahannya..hahaha...dalam kemalasan aku buat juga.. aku tak berapa puas hati pon dgn karya ni.. tp ok la dlm masa singkat dan takder ideanya.. tajuk dia pulak mmg aku belasah ja.. haha

Abdul Razak..

Lahir mu ibarat selakan baru,

Pada yang menanti akan teguh jiwamu,

Bertahan kala benteng kusam hampir runtuh.


Pada perkiraan itu,

Tamadun Pekan tersenyum seakan sesuatu,

Hanya kerana lagat anak muda berbenih tumbuh,

Menyusur cuba meneguk ilmu,

Tak beralas dirinya tanpa sepatu,

Walau kantung sesungguhnya penuh,

Kerana tersentuh,

Sahabat lain tiada mampu,

Dapat ku lihat hati rakyat di situ.


Abdul Razak,

Kala kematangan diri,

Serata tanah kau jejaki,

Harapan menggunung kau daki,

Kalian yang ada di luar kau jejaki,

Iltizam tinggi taraf hidup kau baiki.

Dari Buku Merah ke Bilik Gerakan,

Dari tropika ke satu gugusan badan,

Felda, Felcra, Risda dan segala Perbadanan,

Hingga lahir MARA penyelamat watan.


Abdul Razak,

Tiada air tanpa gelombang,

Tiada goyang tanpa tiupan,

Satu persatu gundah jadi santapan,

Kira bangsa-bangsamu terputus ikatan.

Darah mengalir ibarat terusan,

Tangisan menyusur cinta kehilangan.


Namun Abdul Razak,

Urat kental mu membangkit gigih,

Semangatmu umpama bota jiwa mendidih,

Kala saudaramu kian merintih,

Bermacam suap mereka tagih,

Kira harapan kau beri mereka raih.


Kala darurat menjadi musim,

MAGERAN si raksasa kau cipta penyelamat mukim.

Perpaduan bersorak, menangnya tanpa hakim.

Tiada lagi perbezaan rejim.


Dari terurai,

menjadi satu bangsa,

Dan kau serap tumpahan darah lama,

Dengan kengsal cinta pada negara,

Menjadi penyatu semua mata,

Hingga ZOPFAN perintis keamanan Asia Tenggara,

Ke puncak nama negara Malaysia.


Abdul Razak,

Yang buta kau celikkan matanya,

Yang bisu yang petahkan katanya,

Yang miskin kau sinarkan keringatnya,

Yang gelap kau suluhkan jalannya.


Hadirmu ibarat warna,

Pergimu ibarat derita,

Tiada kiranya emas membayar jasa,

Hanya doa sekalian jelata,

Pada Tun Abdul Razak,

Bapa Pembangunan Negara.


akuer
(April 2009)

Kalang Mempelai

Adalah one of my fren tu jadi MC org kahwin and then he asked me to help him to create beberapa verse pantun untuk majlis kahwin Melayu..ni la hasilnya.. not sure ok ke tak.. dah lama dah.. jumpa balik..huhu... aku letak tajuk Kalang Mempelai..sedap skit..huhu

dulang berkias hantaran jejaka,
berbalas selasih pautan permata,
mempelai berhias tinta pusaka,
restu kasih keluarga tercinta.

datang jauh pinangan hamba,
menuntut seri adinda pujaan,
datang jauh hantaran hamba,
menuntut isteri suri jambangan.

sirehnya angkuh urat bersatu,
dijunjung manis hantaran bermadu,
semoga teguh ikatan restu,
penyambung waris cinta dan rindu.

kalau pemuda menongkah titi,
jelinglah dara bawa ke sebelah,
kalau kekanda gundah di hati,
jelinglah dinda hilang lah resah.

jangan adinda gundah gulana,
buat kekanda tidak bermaya,
senyum adinda manis bak gula,
buat kekanda tenang sahaya.

pengantin diapit kacak berseri,
atas pelamin tiada berkata,
mempelai diapit hebat berdiri,
doa di amin rahmat dipinta.

zapin berarak ghazal berlagu,
silat dibuka kompang bersatu,
pantun dijual mak andam menunggu,
pohon di izin bakal menantu.

akuer
(serius ndak igt bila aku buat.. (o_O) )

Wednesday, October 21, 2009

ME

i've seen a lot,
really.. i've been through a lot..
then,
i've to be in that lot,
full of people,
who think there are hot..

i've tried to remain the same,
still,
i need to risk the game,
i've cried to get the name,
still,
i ought to switch the flame..

they would never understand,
the shining crystal from the sand,
couldn't be found by the ugly hand,
only the beauty of the magic wand,
that lies in the grip of the heartless land,
unfortunately,
ruled by the spinning fan,
a touch would bleed a thousand hands..

they will never put me in the diary,
they will even hard to see the letters of me,
the name will grow in a single tree,
yet be seen in the fate of thee.


akuer
15th october 2009
(i forgot the exact time as i felt asleep after finishing this)