Over the sky would I run to,
Promise to drop rain for you,
Trust the Heron to reach the blue,
As far you know i might flew..
Remember we met in the live of books,
Eyed on you when the feeling was cruised,
Regret no for me to lose..
Ask for sweet, love would do,
Ask for gift, kiss goes through,
Ask for ring, Heart for you..
akuer
15th december 2008
2.45 am
Tuesday, December 16, 2008
Wednesday, December 10, 2008
Cuba
meniti hari,
teman kasih yang mesra,
menghala ke suatu tempat yang tak bisa,
mencari rasa utuh dalam kegersangan jiwa.
adakah dia,
yang engkau nantikan,
beribu jutaan lautan kau dambakan,
sedangkan kalian melihat kau bertahan,
sentuhan yang berbunga keemasan.
hulurkan kudrat suci cintamu,
yang kau jadikan lambaian tangisan salju,
walaupun dirimu umpama batuan rindu,
dihakis hembusan sang bayu yang bertamu.
cuba kau lihat,
cuba kau renungkan,
adakah simbolik cintanya kau hamparkan..
sedangkan lembaran kisah Adam kau khatamkan,
jadikan suatu misteri yang atasan.
rabu
9.09 mlm
10 disember 2008
teman kasih yang mesra,
menghala ke suatu tempat yang tak bisa,
mencari rasa utuh dalam kegersangan jiwa.
adakah dia,
yang engkau nantikan,
beribu jutaan lautan kau dambakan,
sedangkan kalian melihat kau bertahan,
sentuhan yang berbunga keemasan.
hulurkan kudrat suci cintamu,
yang kau jadikan lambaian tangisan salju,
walaupun dirimu umpama batuan rindu,
dihakis hembusan sang bayu yang bertamu.
cuba kau lihat,
cuba kau renungkan,
adakah simbolik cintanya kau hamparkan..
sedangkan lembaran kisah Adam kau khatamkan,
jadikan suatu misteri yang atasan.
rabu
9.09 mlm
10 disember 2008
Wednesday, October 15, 2008
Tali Kasih
tali kasih ibarat guruh,
bila bertalu lari anakmu,
mencari teduh kias sangkamu,
walhal baldu bertompok dipalu.
takkan salah tari cintamu,
andai bersusun gerak tapakmu,
alun irama sama lentokmu,
jengkal berkembar tanpa cemburu.
sedang bulan siang dirindu,
atur sendumu dalam bidukku,
ku susur arusan penuh sabarmu,
pulang ke sarang pungguk bertamu.
kusam serindit melihat pergimu,
kala guruh masih berlagu,
tangisan awan seribu satu,
hatta puyuh turut membatu,
bilakah akan kembali bersatu....
10.40 am
rabu
bila bertalu lari anakmu,
mencari teduh kias sangkamu,
walhal baldu bertompok dipalu.
takkan salah tari cintamu,
andai bersusun gerak tapakmu,
alun irama sama lentokmu,
jengkal berkembar tanpa cemburu.
sedang bulan siang dirindu,
atur sendumu dalam bidukku,
ku susur arusan penuh sabarmu,
pulang ke sarang pungguk bertamu.
kusam serindit melihat pergimu,
kala guruh masih berlagu,
tangisan awan seribu satu,
hatta puyuh turut membatu,
bilakah akan kembali bersatu....
10.40 am
rabu
Friday, June 27, 2008
Pesan
Berdiam diri bukan bererti kita kalah,
Bercakap tinggi bukan bererti kita berjaya,
Jadilah orang sederhana,
Ibarat padi,
Semakin berisi semakin tunduk,
Berguna sepanjang masa.
7.30 am (5 zuhrah skpkb)
27 Jun 2008
Bercakap tinggi bukan bererti kita berjaya,
Jadilah orang sederhana,
Ibarat padi,
Semakin berisi semakin tunduk,
Berguna sepanjang masa.
7.30 am (5 zuhrah skpkb)
27 Jun 2008
Sunday, June 1, 2008
Kisah Cinta dan Setia
Sedang angin menghembus lembut nafasnya,
Menung bersinggah menjemput masa ketika,
Lantas minda berlagu nada lama,
Mengungkap kata yang dahulunya keramat jiwa,
Akan tetapi bicara benci kini penyudah.
Payah berselimut kasih bernafsu,
Kerana hati jauh tinggal membeku,
Bukan rasa begitu yang ku mahu,
Membiar diri larut tak menentu.
Mengapa?
Kerana satu satu mengukir kata,
Tidak beralas buktinya nyata,
Seperti kata kata pujangga madah,
"Ambil pisau belahlah dada",
Ah! Karut!
Semuanya bodoh, dusta belaka.
Pantaskah aku mengulanginya,
Takut pisang beranak kedua kalinya,
Perit tekak ku menelan kelatnya,
Walaupun dahulu aku pernah menggemarinya.
Kiranya...
Kala malam ketakutan ku melambai,
Menyuruh bersila akan siang keceriaan,
Pabila aku cuba menduga,
Aku tersadung satu cahaya,
Cahaya yang bagiku asing tapi berperasaan indah,
Yang buat aku terjatuh,
Bukan jatuh kepada pedih,
Bukan Jatuh kepada sakit,
Tetapi,
Jatuh kepada cinta.
Tidak!
Susah bagi ku menyelam derita,
Tidak ku tahu bila arus akan berubah,
Biar aku maafkan sahaja cahaya itu,
Dan sinarilah lembah lain,
Yang gelap tidak pernah dikunjungi,
Bukan di sini,
Kerana tebing kesedihan susah terhakis,
Mengambil waktu menunggu terkikis,
Kerana aku sukar menerima sesuatu yang sama,
Gigil hati tersulam seksa,
Andai cahaya itu berganti suluhnya.
Tapi...
Kira kegelapan mataku punya air menitik,
Perlu akan sinaran kasihnya,
Menyingkap keresahan di balik detik,
Melihat tautan harum bunga yang dahulu menghiasinya,
Kini aku menerima.
Dan..
Jika aku menghulur sila,
Adakah aku diberi rasa,
Ukiran janji tanpa noda,
Dalam liku simpang cinta,
Tanpa dosa dalam beloknya,
Tanpa khilaf dalam bulatnya.
Dan..
Aku merasa kata hangatnya,
Tersusun baris indah harumnya,
Akan ku semat setiap ketika,
Tidak memandang kiri kanannya,
Kau memberi simpulan bahagia,
Sukar dilerai kuat takhtanya,
Kau beraja di sanubari lama,
Aku akan menjaga segala,
Cinta sayang diri mu jua,
Jauh hatiku berdoa sentiasa,
Moga kisah ini berakhir tanpa lara,
Kerana engkau aku setia,
Kerana engkau aku cinta...
12.02 am
31 Mei 2008
Menung bersinggah menjemput masa ketika,
Lantas minda berlagu nada lama,
Mengungkap kata yang dahulunya keramat jiwa,
Akan tetapi bicara benci kini penyudah.
Payah berselimut kasih bernafsu,
Kerana hati jauh tinggal membeku,
Bukan rasa begitu yang ku mahu,
Membiar diri larut tak menentu.
Mengapa?
Kerana satu satu mengukir kata,
Tidak beralas buktinya nyata,
Seperti kata kata pujangga madah,
"Ambil pisau belahlah dada",
Ah! Karut!
Semuanya bodoh, dusta belaka.
Pantaskah aku mengulanginya,
Takut pisang beranak kedua kalinya,
Perit tekak ku menelan kelatnya,
Walaupun dahulu aku pernah menggemarinya.
Kiranya...
Kala malam ketakutan ku melambai,
Menyuruh bersila akan siang keceriaan,
Pabila aku cuba menduga,
Aku tersadung satu cahaya,
Cahaya yang bagiku asing tapi berperasaan indah,
Yang buat aku terjatuh,
Bukan jatuh kepada pedih,
Bukan Jatuh kepada sakit,
Tetapi,
Jatuh kepada cinta.
Tidak!
Susah bagi ku menyelam derita,
Tidak ku tahu bila arus akan berubah,
Biar aku maafkan sahaja cahaya itu,
Dan sinarilah lembah lain,
Yang gelap tidak pernah dikunjungi,
Bukan di sini,
Kerana tebing kesedihan susah terhakis,
Mengambil waktu menunggu terkikis,
Kerana aku sukar menerima sesuatu yang sama,
Gigil hati tersulam seksa,
Andai cahaya itu berganti suluhnya.
Tapi...
Kira kegelapan mataku punya air menitik,
Perlu akan sinaran kasihnya,
Menyingkap keresahan di balik detik,
Melihat tautan harum bunga yang dahulu menghiasinya,
Kini aku menerima.
Dan..
Jika aku menghulur sila,
Adakah aku diberi rasa,
Ukiran janji tanpa noda,
Dalam liku simpang cinta,
Tanpa dosa dalam beloknya,
Tanpa khilaf dalam bulatnya.
Dan..
Aku merasa kata hangatnya,
Tersusun baris indah harumnya,
Akan ku semat setiap ketika,
Tidak memandang kiri kanannya,
Kau memberi simpulan bahagia,
Sukar dilerai kuat takhtanya,
Kau beraja di sanubari lama,
Aku akan menjaga segala,
Cinta sayang diri mu jua,
Jauh hatiku berdoa sentiasa,
Moga kisah ini berakhir tanpa lara,
Kerana engkau aku setia,
Kerana engkau aku cinta...
12.02 am
31 Mei 2008
Tuesday, April 1, 2008
Entah
Berikan aku suluh cempaka,
pemberi kudrat kala hitam memberi salam pembuka,
entah mengapa benak tiap tiap mereka,
kaku merayu sumpahan petaka.
Sedang tubuh ini melingkar pohon mendongak,
kadangnya singgah bertahun tanpa kerak,
lalu berkata betapa bodohnya pencarian gagak,
walaupun dalam cerita itu dia bijak berlagak.
Sering mata celik ini diguna,
melihat cerita kotor bahkan indah benua,
berpanggung manusia-manusia juga bermata,
cerah luarnya kelabu isinya.
Landasan masa itu bagiku terlalu sempit,
sedang mereka rasa punya ruang sebebas pipit,
ke atas aku payah ke bawah aku tersepit,
lembutnya rakus hilang mengejar rakit,
hendak digapai hati muda ini terlalu sedikit.
Duluku berumpan adanya tidak,
gelora lautan jaya tiada terletak,
kala ombak singgah membentak,
kontang tak berapung seluruh tubuhku tersedak.
Aku kembali menjejak landasan itu,
kiranya sama,
malam dan siang tidak membantu,
ramuan hidup punca ke situ,
entah terhidang entahku buntu,
aku tahu, aku tak tahu...
selasa,1 april 2008
4.43 pm
pemberi kudrat kala hitam memberi salam pembuka,
entah mengapa benak tiap tiap mereka,
kaku merayu sumpahan petaka.
Sedang tubuh ini melingkar pohon mendongak,
kadangnya singgah bertahun tanpa kerak,
lalu berkata betapa bodohnya pencarian gagak,
walaupun dalam cerita itu dia bijak berlagak.
Sering mata celik ini diguna,
melihat cerita kotor bahkan indah benua,
berpanggung manusia-manusia juga bermata,
cerah luarnya kelabu isinya.
Landasan masa itu bagiku terlalu sempit,
sedang mereka rasa punya ruang sebebas pipit,
ke atas aku payah ke bawah aku tersepit,
lembutnya rakus hilang mengejar rakit,
hendak digapai hati muda ini terlalu sedikit.
Duluku berumpan adanya tidak,
gelora lautan jaya tiada terletak,
kala ombak singgah membentak,
kontang tak berapung seluruh tubuhku tersedak.
Aku kembali menjejak landasan itu,
kiranya sama,
malam dan siang tidak membantu,
ramuan hidup punca ke situ,
entah terhidang entahku buntu,
aku tahu, aku tak tahu...
selasa,1 april 2008
4.43 pm
Tuesday, March 4, 2008
Aku Ada Di Situ
kala jingga mengusung rindu,
baliknya kelabu gelap membuntu,
pekat rasanya kalau diri di tasik debu,
sedangkan gapura cinta itu masih terbuka di luar kelembapan kotak fikirmu.
perlu engkau tahu tiada basah tanpa angin,
tiada hembus tanpa hati,
tiada bota tanpa pencipta,
dan mana mungkin basah kelopak bunga deria mu,
jika engkau tahu bahawa bukan semua di bumi tinggalan mereka ini bernafas tajam,
menusuk hati hati suci yang penuh dambaan..
6.14 pm
4 mac 2008
baliknya kelabu gelap membuntu,
pekat rasanya kalau diri di tasik debu,
sedangkan gapura cinta itu masih terbuka di luar kelembapan kotak fikirmu.
perlu engkau tahu tiada basah tanpa angin,
tiada hembus tanpa hati,
tiada bota tanpa pencipta,
dan mana mungkin basah kelopak bunga deria mu,
jika engkau tahu bahawa bukan semua di bumi tinggalan mereka ini bernafas tajam,
menusuk hati hati suci yang penuh dambaan..
6.14 pm
4 mac 2008
Tuesday, January 22, 2008
Sorry, Miss, None
the sun cries alone in the dark,
how come he leaves no words bring the luck,
care centuries waiting by heart,
shall end shall start choosing more a One,
the path stays with no joke regard.
he goes to the moon across the silver sky,
perhaps to see someone no lie,
the bless he gets through the bye,
no reason though he could die,
be the one who not to puzzle but dare to untie.
sorry is less love is bless,
wishing he stays with joy and grace,
even could not forget the lovely gaze,
will be waiting as heart is amazed.
none and none and none can be done,
only love and trust waiting for the One.
22nd January 2008
5.24 pm
how come he leaves no words bring the luck,
care centuries waiting by heart,
shall end shall start choosing more a One,
the path stays with no joke regard.
he goes to the moon across the silver sky,
perhaps to see someone no lie,
the bless he gets through the bye,
no reason though he could die,
be the one who not to puzzle but dare to untie.
sorry is less love is bless,
wishing he stays with joy and grace,
even could not forget the lovely gaze,
will be waiting as heart is amazed.
none and none and none can be done,
only love and trust waiting for the One.
22nd January 2008
5.24 pm
Monday, January 7, 2008
I WISH
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! That is the thing I used to dream over and over for the entire of my life after the moment I hated so and so and so much. I would never be thinking that we would end up like this, though it might happen one day.
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I always dream that the device next to me all over the time will be ringing and popping your message on the screen. Then I'll be smiling reading like in heaven all the day of my life.
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I do not know what else can be done. Begging everyday, every night and every minute is meaningless. I know everything is my fault, but I love you more and more.
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I love u...
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! But I know you won't. And it's hurt.
I WISH I CAN FORGET YOU......my love...
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I always dream that the device next to me all over the time will be ringing and popping your message on the screen. Then I'll be smiling reading like in heaven all the day of my life.
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I do not know what else can be done. Begging everyday, every night and every minute is meaningless. I know everything is my fault, but I love you more and more.
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! I love u...
I WISH YOU CAN FORGIVE ME! But I know you won't. And it's hurt.
I WISH I CAN FORGET YOU......my love...
My Lady
cry across the shadow,
to erase so can please a pillow,
night and night she is a widow,
no sun, no sun. no sun, glow.
roses kill the bees,
a man comes with no kiss,
when bees do this,
everything is 'his'.
the heart is not like yours,
the crash came in when she grows,
try and try to be like those,
but the world say no, she shows.
she stands on her silver lining,
to cross the spit giving,
or rather to shift by wings,
step,a step, though she is unwilling,
till the power of circle she brings,
like no ending of a golden ring.
12.43 pm
januari 7 2008
isnin
Sunday, January 6, 2008
Jawapan
aku berlari mencari bayang,
singgah lelah ku menusuk ke hati,
pudar rasa buas sebentar itu,
hanya kerana sedetik keringat memberi salam.
jika ku banding hidup aku,
mungkin dengan seseorang yang merasa sama,
mungkin tidak indah ibarat pokok,
kalau berguna, berguna la ia,
sebaliknya mungkin jatuh tiada kesan,
hatta nama tiada tinggal.
sungguh aku mencari semua kata-kata,
mungkin menjadi emas penunjuk,
lalu hidup selamanya berkilau,
tapi tidak,
mungkin tidak pernah,
tanpa satu kata yang lebih bernilai,
aku tahu jawapannya.
singgah lelah ku menusuk ke hati,
pudar rasa buas sebentar itu,
hanya kerana sedetik keringat memberi salam.
jika ku banding hidup aku,
mungkin dengan seseorang yang merasa sama,
mungkin tidak indah ibarat pokok,
kalau berguna, berguna la ia,
sebaliknya mungkin jatuh tiada kesan,
hatta nama tiada tinggal.
sungguh aku mencari semua kata-kata,
mungkin menjadi emas penunjuk,
lalu hidup selamanya berkilau,
tapi tidak,
mungkin tidak pernah,
tanpa satu kata yang lebih bernilai,
aku tahu jawapannya.
Kosong Ruang Suci
ruang itu aku isi penuh khusyuk,
ibarat mengengkek di titian akhir,
lalu terpana mata alpa melihat bungkam tumbuh di wajah.
kabus menyelinap indah,
sayu terasa diri ini lemah di tikar suci,
bersihkah air ini keluar dari mataku,
hingga debu turut berlari meludah hatinya.
gigil tanganku,
bukan sejuk angin pagi,
bukan dingin air suci,
tapi luka sendiri menusuk kaku,
moga sempat hati berlagu,
ke situ indah menunggu.
ahad
januari 6, 2008
10.12 pm
ibarat mengengkek di titian akhir,
lalu terpana mata alpa melihat bungkam tumbuh di wajah.
kabus menyelinap indah,
sayu terasa diri ini lemah di tikar suci,
bersihkah air ini keluar dari mataku,
hingga debu turut berlari meludah hatinya.
gigil tanganku,
bukan sejuk angin pagi,
bukan dingin air suci,
tapi luka sendiri menusuk kaku,
moga sempat hati berlagu,
ke situ indah menunggu.
ahad
januari 6, 2008
10.12 pm
A Note for kERiyaki
This is a note for kERiyaki to please,
who's there in mind for the entire minutes,
from the boy who suffers in this.
the wind wakes him in a sudden mean,
blow and blow on his tiny chin,
glows his eyes enforces his grin,
to have you lovely stick on his skin.
he wont hesitate to lay on the dark,
shall he go on shall he say yark,
careless do that he might say luck,
because you lovely stick in his hug.
how come laymen do things they dont?
how come goldsmith save things he wont?
though reflects his mirror inside,
when you lovely stick on his ride.
he doesn't see flirt he doesn't meet hurt,
he doesn't get sicked he wont be picked,
even the call stopping his breath,
or tears mourning his death,
he wont say any else,
he'll be smiling, lucky through ways.
2.19 am
16 November 2007
Friday
who's there in mind for the entire minutes,
from the boy who suffers in this.
the wind wakes him in a sudden mean,
blow and blow on his tiny chin,
glows his eyes enforces his grin,
to have you lovely stick on his skin.
he wont hesitate to lay on the dark,
shall he go on shall he say yark,
careless do that he might say luck,
because you lovely stick in his hug.
how come laymen do things they dont?
how come goldsmith save things he wont?
though reflects his mirror inside,
when you lovely stick on his ride.
he doesn't see flirt he doesn't meet hurt,
he doesn't get sicked he wont be picked,
even the call stopping his breath,
or tears mourning his death,
he wont say any else,
he'll be smiling, lucky through ways.
2.19 am
16 November 2007
Friday
Subscribe to:
Posts (Atom)